
Usahawan terkenal dengan produk minyak Jungle Girl, Nur Rafidah atau lebih dikenali sebagai Fida, tampil memberi respon tegas terhadap teguran segelintir netizen mengenai penampilan wajahnya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Fida menjawab komen seorang pengguna media sosial yang menyarankan dirinya melakukan rawatan wajah agar kelihatan lebih cantik.
Saya dah ada seorang anak, saya tak perlu cantik untuk orang lain atau kepuasan orang lain untuk tengok saya.
Tambah Fida, wajahnya bukanlah untuk memenuhi kehendak atau pandangan orang lain, sebaliknya lebih kepada kepuasan dirinya sendiri.
Muka saya adalah kepuasan untuk saya sendiri. Muka saya macam ni lah, tak perlu suruh buat muka atau sebagainya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan tersebut dan berpesan agar orang ramai lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki tanpa terlalu mengikut standard kecantikan yang ditetapkan masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) "Nampak Kulat Dekat Tepi Tangki Tu" - Ramai Geli Tengok Cara Kak Yah Buat Budu, Hanya Simpan Dalam Tong Hitam
The post “Muka Saya Dah Macam Ni, Tak Perlu Nak Suruh Ubah-Ubah” – Fida Jungle Girl first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
