“Muka suram jadi ceria” – Tersentuh Tengok Kanak-kanak Jual Aiskrim Tak Laku, Pemuda Borong Sampai Habis

Entertainment
28 May 2024 • 5:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min memang mudah kesian bila tengok seseorang yang struggle dalam cubaan untuk melariskan jualan demi kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi kalau si penjual tu budak-budak kecil. Sekurang-kurangnya mereka berusaha daripada mengharapkan duit orang dengan jalan mudah.

Kalau min ada kat tempat Saharuddin Amirullah ni pun, min akan buat benda yang sama juga dan automatik akan jadi gembira bila buat orang lain gembira.

Ketika Saharuddin sedang berjogging, dia ternampak seorang kanak-kanak membawa bekas tahan sejuk di sebuah taman permainan. Kanak-kanak itu dilihat menjual ais krim Malaysia, menurut Saharuddin jualannya pada hari tersebut sangat tidak memberangsangkan kerana hanya satu sahaja dijual.

Melihat riak wajah kanak-kanak itu yang suram dan kebetulan dia membawa wang tunai, Saharuddin yang tersentuh melihat keadaan kanak-kanak itu membuat keputusan untuk memborong kesemua jualan budak kecil ini dan agihkan jualan itu kepada orang lain di taman permainan tersebut secara percuma.

@saharuddinamirullah

Mukanya yang suram jadi ceria selepas jualannya yang pada awalnya cuma laku satu saja tiba-tiba terus diborong semua. Adik yang comel semoga membesar jadi anak yang membanggakan keluarga.

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Kanak-kanak tersebut dilihat begitu gembira selepas melihat kesemua aiskrimnya habis dijual, Saharuddin ada meminta kanak-kanak itu bermain dengan kawan-kawan lain, tetapi dia memilih untuk pulang ke rumah kerana tiada orang menjaga adiknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati melihat kanak-kanak tersebut kerana menghabiskan masa harian dengan ‘bekerja’ tanpa merasa kemanisan hidup sebagai anak kecil yang bermain dengan teman seusianya.

image is not available image is not available

Murah rezeki abang ni, semoga kanak-kanak ini juga dipermudahkan urusan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article