“Muka Tak Hensem Langsung” – ‘Ex’ Minta Duit Balik, Gadis Ungkit Cerita Siap ‘Face Shaming’ Undang Kritikan Netizen

Entertainment
12 Jul 2022 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian daripada seorang gadis di Twitter baru-baru ini telah mengundang kecaman netizen apabila dia dilihat membuat kenyataan jelik terhadap kawan lelakinya di media sosial.

Kata gadis itu, kawan lelakinya itu pernah mengajaknya keluar malah turut belanja makan dan menonton wayang.

Setelah itu, kawan lelaki gadis itu ada meluahkan perasaan suka namun ditolak gadis berkenaan dan lelaki itu bertindak meminta balik wang belanja yang dibayar ketika keluar bersama.

Namun, apa yang menjadi bahan kritikan adalah apabila gadis berkenaan telah mengutuk rupa paras kawan lelakinya itu dan beranggapan bahawa lelaki itu ‘tidak sedar diri’ kerana cuba untuk memiliki dirinya.

Saja nak highlight muka tak hensem tu. Tapi the audacity nak try try aku. Dah la aku memang tak berminat dengan lelaki yang tak ada iras Chris Evans.

Malah, gadis itu turut meminta orang lelaki yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk tidak cuba-cuba ‘mengorat’ wanita di luar sana yang masih bujang.

image is not available

Sumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap gadis itu sebagai seorang yang ‘perasan cantik’ dan mempersoalkan tindakannya untuk keluar ‘date’ bersama lelaki berkenaan.

“Apa kena mengena tak hensem dengan buruk siku tu pun tak tau. Yakin kutuk muka orang ingat hang tu lawa sangat ke?” komen seorang netizen.

Macam-macam jenis perangai..tak baik tau kutuk ciptaan Allah S.W.T!

image is not available 24 jam lalu

"Gearbox Letak Tepi, Timbang Lebih.." - Wujud 'Kroni' Dalam Majlis Korban Di Masjid, Netizen Kongsi Rasa Kesal