(VIDEO) “Ini Baru Betul!” – Pengantin Dapat Hadiah ‘Berguna’ Daripada Kawan-Kawan Raih Pujian Netizen

21 Jun 2022 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh di laman Twitter satu hantaran video yang memaparkan sekumpulan kawan bertindak menghadiahkan hadiah ‘tidak senonoh’ kepada pengantin lelaki telah menerima kecaman yang teruk oleh netizen.

Berbeza pula dengan hantaran video oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini yang dikenali sebagai Nazrin Ahmad memaparkan rakan-rakannya memberi hadiah ‘berguna’ kepada pengantin lelaki.

Menerusi video tersebut, dilihat kawan-kawan pengantin lelaki telah memberi barang keperluan harian seperti periuk, bahan-bahan memasak dan banyak lagi ketika majlis perkahwinan berlansung.

image is not available

Dah macam mangsa banjir.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 385.5K tontonan, 51.1K tanda suka, 1.4K komen di aplikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji rakan-rakan pengantin kerana memberi hadiah yang lebih memudahkan kehidupan pengantin selepas berkahwin.

Ni baru betul hadiahnya berguna – netizen.

Hadiah-hadiah macam ni lagi membantu & bermanfaat.. pahala pun dapat daripada hadiah bingung malam pertama apa benda bagai tu. Tahniah anak-anak muda,” tulis seroang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Tak Senonoh!" - Rakan Suami Bagi Hadiah K*ndom Masa Hari Bersanding Dikecam