“Muka Wife Berubah Terus” – Siapa Wanita Misteri Tiba-Tiba Peluk MK K-Clique Ketika Atas Pelamin?

19 Jun 2023 • 3:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama wanita piliha, Siti Hajaar minggu lalu.

Baru-baru ini, tular pula satu video memaparkan seorang wanita berpurdah tiba-tiba sahaja memeluk Hairi ketika dia dan isteri sedang melayan tetamu di atas pelamin.

Saat terjadinya insiden itu sempat dirakam dan apa yang mencuri perhatian adalah apabila reaksi Siti Hajaar yang kelihatan sangat terkejut dan cuak ketika melihat suaminya dipeluk wanita lain.

Hairi juga terlihat panik dan tercengang ketika dipeluk individu itu yang memakai jubah dan hijab berwarna merah.

Penyanyi berasal dari Sabah itu kemudian bertindak membuka purdah yang dipakai individu tersebut dan rupa-rupanya individu itu adalah adik kepada Hairi yang dikenali sebagai Aiman.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warga maya terhibur melihat situasi tersebut dan lebih tertumpu kepada raut wajah isteri Hairi yang terkejut dengan insiden tersebut.

Terdahulu, Hairi dan Siti Haajar telah selamat diijabkabulkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

image is not available 21 jam lalu

"Saya Trauma.." - Dah Dua Kali Berkahwin, Sharifah Sakinah Akui Takut Nak Bersuami Lagi