Wanita Berpurdah Tiba-Tiba Peluk MK K-Clique Ketika Atas Pelamin, Siapa Tu?

Entertainment
19 Jun 2023 • 4:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mk k-clique

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan MK K-Clique selamat melangsungkan perkahwinannya bersama wanita pilihan hatinya, Siti Hajar.

Apa yang meraih perhatian netizen apabila tular satu video seorang wanita berpurdah tiba-tiba meluru ke atas pelamin dan memeluk MK ketika dia dan isteri sedang melayan tetamu lain di atas pelamin.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita berpurdah itu merupakan Muhammad Aiman iaitu adik kepada MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.

image is not available

Muhammad Aiman mengenakan jubah labuh dan purdah berwarna merah sebelum nekad mengenakan abangnya dengan memeluk erat tubuh MK sehingga membuatkan ramai yang terkejut dengan situasi tersebut.

Malah, MK yang panik dengan situasi itu terus membuka purdah dan terkejut melihat adiknya menyamar sebagai wanita berpurdah.

Dalam pada itu, Siti Hajar iaitu isteri MK juga sangat terkejut dan cuak melihat suaminya dipeluk oleh wanita lain.

@manchai77

ALLAHUMMAH BARIK . JAZAKALLAHU KHAIRAN @MK K-CLIQUE

♬ original sound – Muhd Aiman4740 – Muhd Aiman4740

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memberi pelbagai respon dan terhibur melihat situasi itu lebih-lebih lagi apabila raut wajah isterinya berubah dan terkejut dengan situasi tersebut.

Sedikit info, MK dan Siti Hajar selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Jun yang lalu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.