Muktamar: Gesaan DAP semak 47 pertuduhan Zahid disifatkan hipokrasi-Perwakilan Kedah

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 7:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamar: Gesaan DAP semak 47 pertuduhan Zahid disifatkan hipokrasi-Perwakilan Kedah

KOTA BHARU: Gesaan pemimpin DAP supaya Peguam Negara meneliti semula 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai hipokrasi.

Perwakilan Kedah Mardhiyyah Johari berkata, perkara berkenaan tidak dibangkitkan semasa DAP memerlukan sokongan UMNO untuk membentuk kerajaan, namun kini mula dipersoalkan.

“Bercakap tentang keadilan, media pada 3 September ada laporkan pemimpin DAP gesa Peguam Negara teliti semula 47 pertuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Masa mereka nak bentuk kerajaan dengan sokongan UMNO, perkara ini tidak berbangkit. Kini mereka kalut. Ini bukan reformasi tetapi hipokrasi,” katanya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa peguam negara untuk meneliti semula 47 tuduhan berkaitan rasuah melibat Zahid berkait dana Yayasan Akalbudi, disokong oleh Pemuda DAP hari ini.

Mardhiyyah memberitahu, prinsip keadilan dan reformasi tidak seharusnya digunakan secara terpilih mengikut kepentingan politik semasa.

Katanya, pendirian berkaitan proses undang-undang perlu konsisten dan tidak berubah hanya selepas berlaku perubahan kedudukan atau kepentingan politik.-UTUSAN

The post Muktamar: Gesaan DAP semak 47 pertuduhan Zahid disifatkan hipokrasi-Perwakilan Kedah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved