Muktamar Pemuda PAS lulus usul parti pimpin PN, mahu teraju utama negara

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 9:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemuda PAS meluluskan usul penting supaya parti itu memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN) dan seterusnya menerajui kepimpinan utama negara.

image is not available

Usul dibentangkan di Muktamar Pemuda PAS diluluskan sebulat suara

Memetik laporan daripada FMT, usul berkenaan dibentangkan oleh Ketua Penerangan Pemuda, Khairul Nadzir Helmi Azhar dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah, sebelum diluluskan sebulat suara oleh semua perwakilan yang hadir.

“Usul keempat adalah sangat mustahak yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama sekali apabila kita mendengar ucaptama ketua Pemuda.
“Inilah masanya PAS perlu memimpin PN…inilah masanya PAS menerajui kepimpinan negara.
“Pemuda PAS tegas mendesak usul ini dapat dibaca sehingga ke muktamar pusat,” katanya ketika membentangkan usul tersebut.

image is not available

Usul Pemuda PAS akan dibawa ke Muktamar PAS

Difahamkan, usul itu merupakan salah satu daripada empat yang dipersetujui sebulat suara untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat kali ke-71 yang akan bermula Isnin ini.

Antara usul lain yang turut diluluskan adalah memperjuangkan isu Palestin, mempertahankan hak negeri dalam sumber nadir bumi, serta menolak Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar.

image is not available

Artikel lain: “Sampai masanya PAS akan jadi Perdana Menteri” – Ketua Dewan Ulamak

Khairul Nadzir yang juga jawatankuasa usul memaklumkan bahawa pihaknya menerima 11 usul keseluruhan untuk muktamar kali ini, namun hanya empat dipilih selepas dinilai.

Dengan sokongan penuh perwakilan, mereka yakin bahawa sudah tiba masanya parti itu memainkan peranan lebih besar dalam PN sekaligus menerajui kepimpinan negara.

Sumber: FMT (Faiz Zainudin & Preedep Nambiar)