“Mula2 kata semua ok” – Padam Makeup Ganti Orang Lain, MUA Terkilan Pengantin Tabur Pasir Di Periuk Nasi

Entertainment
30 Oct 2024 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang jurusolek meluahkan rasa terkilan terhadap sikap seorang pengantin yang dianggap sengaja menaburkan pasor ke dalam ‘periuk nasinya’. Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pada mulanya, pengantin tersebut mengatakan bahawa dia ‘okey’ dengan hasil solekan yang diberikan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pengantin yang didakwa mengadakan perkahwinannya pada 26 Oktober lalu ada muat naik status dengan mengatakan bahawa dia telah menukar ke jurusolek yang lain kerana hasil air tangan daripada jurusolek asal itu dakwanya comot dan cincai.

Katanya lagi, setelah dipanggil jurusolek lain, barulah dia berpuas hati dengan hasilnya. Namun begitu, apa yang jurusolek asal ini benar-benar terkilan adalah selain memburuk-burukan hasil air tangannya, pengantin tersebut juga menghasut orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatannya lagi.

image is not available image is not available

image is not available

Perkongsian ini tular sehingga ke platform X dan meraih 3.1K jumlah perkongsian dalam masa 13 jam di muat naik, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membandingkan hasil solekan baharu dengan yang asal, kebanyakannya lebih berpihak kepada yang asal.

Malah, ramai yang mengecam tindakan pengantin tersebut yang dikatakan sengaja mengganggu hasil rezeki orang lain hanya kerana tidak menepati cita rasanya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Pengajarannya, semua orang ada pandangan tersendiri, dan ada citarasa tersendiri, dan setiap jurusolek ada gayanya tersendiri, jadi tak perlu nak hire seseorang jurusolek itu kalau kita lihat hasilnya tak menepati citarasa kita.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.