Mulai 5 – 7 Mei, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Sabah Dan Utara Sarawak

5 May 2023 • 9:08 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sabah, Labuan dan utara Sarawak terjejas

Mulai 5 – 7 Mei, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Sabah Dan Utara Sarawak. Dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiga kawasan di Borneo akan mungkin mengalami fenomena awan bergaris panjang atau ‘garisan badai’.

Fenomena ini menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.

image is not available
Mulai 5 – 7 Mei, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Sabah & Utara Sarawak

Sistem tekanan rendah diramalkan akan membentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat

Menurut ramalan cuaca penting yang dikeluarkan agensi itu dan berdasarkan analisis model cuacanya, sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.

Akibatnya, kepekatan dan kelajuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak berkemungkinan meningkat dari 5 Mei hingga 10 Mei.

Bagi mengetahui maklumat terkini dan tepat, orang ramai digalakkan menyemak laman web dan saluran media sosial rasmi MetMalaysia

Lagi di sini: