“Mulai Hari Ini, Aurat Saya Hanya Untuk Johan Saja” – Ozlynn Kongsi Kisah Penghijrahan

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 9:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, baru-baru ini pelakon Ozlynn telah menukar imejnya dengan memakai hijab dan itu telah menarik perhatian ramai.

Kongsi kisah penghijrahan

Susulan itu, Ozlynn telah ditemubual oleh pihak media untuk menceritakan kisah penghijrahannya selepas menunaikan haji, baru-baru ini.

Kata aktres itu, sebelum ini jika dirinya keluar seorang diri, dia akan memakai hijab dan berniqab ketika keluar rumah dan setiap kali dia berimej sedemikian, suami, Johan pastikan memujinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

‘Aurat saya hanya untuk Johan’

Namun begitu, Johan selalu menasihatinya untuk ikhlas menukar imejnya sebagai wanita berhijab dan menutup aurat kerana Allah SWT.

image is not available

image is not available

Bercerita lanjut, ketika pulang dari mengerjakan rukan Islam kelima, Ozlynn membuat keputusan untuk berhijab dan dalam nada sebak, dia berkata itu merupakan tanda kasih sayang Allah kepadanya.

Saya kata pada Johan, mulai pada hari ini, aurat saya hanya untuk dia sahaja.

image is not available 2 years ago

"Mental Kena Kuat Nak Jadi Anak Dia" - Johan Ditegur Netizen Terlalu Garang Ajar Anak Mengaji