Mulai Januari 2025, Ini 28 Kawasan Larangan Merokok Yang Anda Perlu Tahu

4 Jan 2025 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hati-Hati! Merokok Di Kawasan Ini Boleh Didenda RM5,000 Mulai 1 Januari 2025

Mulai Januari 2025, Ini 28 Kawasan Larangan Merokok Yang Anda Perlu Tahu. Mulai 1 Januari 2025, kerajaan Malaysia melaksanakan penguatkuasaan 28 kawasan larangan merokok baru di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Langkah ini bertujuan untuk melindungi kesihatan rakyat, terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

image is not available
Mulai Januari 2025, Ini 28 Kawasan Larangan Merokok Yang Anda Perlu Tahu. Sumber foto: eCentral

Apa yang Berubah?

Sebelum ini, larangan merokok hanya tertakluk pada bangunan berhawa dingin. Namun, dengan pindaan baru ini, semua premis tempat kerja—tidak kira berhawa dingin atau tidak—dan kedai dobi kini termasuk dalam senarai larangan.

Berikut merupakan senarai 28 kawasan larangan merokok 2025 di Malaysia:

  1. Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
  2. Kawasan hospital atau klinik
  3. Lif atau tandas awam
  4. Tempat makan
  5. Kedai berhawa dingin
  6. Bangunan dobi
  7. Bangunan hentian pengangkutan awam
  8. Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan
  9. Kawasan premis kerajaan
  10. Bangunan Parlimen Malaysia
  11. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  12. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  13. Kawasan taman asuhan kanak-kanak
  14. Kaunter perkhidmatan awam
  15. Kompleks membeli-belah
  16. Kawasan stesen minyak
  17. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
  18. Kawasan kompleks sukan
  19. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  20. Kawasan perpustakaan
  21. Kafe internet
  22. Kawasan tempat latihan khidmat negara
  23. Bangunan tempat kerja
  24. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  25. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  26. Di dalam bas sekolah
  27. Di dalam kenderaan awam
  28. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri

Apa Hukuman Jika Melanggar?

Individu yang didapati merokok atau menggunakan produk tembakau di kawasan larangan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000. Jadi, pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan ini, ya!

Kenapa Langkah Ini Diperlukan?

Langkah ini bukan hanya sekadar undang-undang, tetapi satu usaha besar dalam memastikan kawasan awam bebas dari asap rokok. Ini penting untuk:

  • Melindungi wanita dan kanak-kanak daripada bahaya asap rokok.
  • Menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan selesa untuk semua.

Untuk senarai penuh kawasan larangan merokok dan maklumat lanjut tentang Akta 852, sila layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di www.moh.gov.my.

Jadi, perokok sekalian, simpan lighter tu bila berada di zon larangan, okay? Kalau tak, siaplah kena saman!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kesalahan merokok: