Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching

6 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau makan American Breakfast, confirm rasa kenyang

Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching. Ada hari kita makan makanan tempatan untuk sarapan pagi tetapi ada masa juga kita tiba-tiba mengidam untuk makan makanan barat, khususnya American Breakfast.

Jika anda sedang mencari tempat makan American Breakfast di Kuching, berikut adalah 4 tempat yang boleh anda pilih.

image is not available
Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching

1. Denis’ Diner

Mungkin antara port American Breakfast terkenal di Kuching setakat ini, tempat makan ini mengetengahkan hidangan makanan barat lazat buat anda khasnya untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari.

Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba di sini tetapi yang paling kami sarankan buat anda ialah, menu sarapan pagi mereka iaitu Breakfast of Kings and Queens, Eggs benedict, Banger’s and Mash dan All Day Breakfast. Untuk menu makan tengah hari pula, anda boleh cuba Aussie Sirloin Steak, Pulled Tenderloin Beef and Fresh Mushroom, Fish and Chips dan juga 1940s Iconic Beef Sandwich mereka.

image is not available
Kredit gambar: Denis’ Diner

image is not available
Kredit gambar: Denis’ Diner

2. Toast Bread Cafe

Terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce berhampiran dengan Aeon Mall Kuching, Toast Bread Cafe bukan sahaja menghidangkan menu American Breakfast, malah makanan tempatan juga – jadi kalau anda membawa rakan atau keluarga anda ke sini dan mereka tidak berminat untuk memakan American Breakfast, terdapat hidangan lain pada menu yang tidak berkaitan dengan American Breakfast.

Dengan satu set penuh, anda boleh menikmati roti bakar, kacang panggang, hash brown, sosej serta omelette.

image is not available
Sumber: Toast Bread

3. Roti & Kopi

Kedai Roti & Kopi ini terletak berhadapan dengan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dan menghidangkan bukan sahaja makanan tempatan, malah makanan ala American Breakfast juga.

Untuk harganya pula sangatlah berbaloi! Untuk menu sarapan, menu signature nya iaitu sandwich dan hidangan scramble egg serta kacang panggang yang sedap. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan di sini juga sangat berbaloi dengan portion hidangan yang disediakan.

image is not available
Sumber gambar: FB Juna Haslie

4. Hey! Hey! Cafe

Terletak di Batu 7, Kuching (bersebelahan Mr DIY), kafe ini bukan sahaja menawarkan makanan American Breakfast, terdapat juga makanan lain yang dihidangkan seperti roti bakar, mi goreng, nasi ayam, burger dan sebagainya! Yang menariknya, menu mereka juga mempunyai ala2 fusion – mencampurkan American Breakfast dan makanan tempatan.

Alang2 anda ke sini, anda boleh cuba Spicy Korean BBQ Crunchy Chicken Rice mereka, yang dikatakan boleh tahan pedas!

image is not available
Kredit foto: FB John Ng

image is not available
Kredit foto: FB Hey! Hey! Cafe

Lagi di sini: