Ada Mee Sup Seafood Dan Shellout, Nikmati Seafood Segar Di Tata’s Kitchen KK

3 Mar 2023 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peminat makanan seafood harus ke sini!

Ada Mee Sup Seafood Dan Shellout, Nikmati Seafood Segar Di Tata’s Kitchen KK. Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu dan hendak mencari tempat makan yang menghidangkan seafood, anda boleh cuba tempat makan ini.

Menawarkan pelbagai jenis mee sup, anda juga boleh menikmati shellout yang terdiri daripada pelbagai makanan laut segar untuk makan tengahari dan makan malam anda di Tata’s Kitchen.

image is not available
Ada Mee Sup Seafood Dan Shellout, Nikmati Seafood Segar Di Tata’s Kitchen KK

Pelbagai jenis mi sup anda boleh cuba

Tata’s Kitchen menawarkan pelbagai jenis mee sup untuk anda pilih seperti mee sup Tom Yam, mee sup Asam Pedas, mee sup Ham Choi, mee sup Tomato dan mee sup Peria.

Jika anda berminat untuk menikmati makanan laut sahaja, anda boleh memilih untuk makan Banana Leaf Shellout mereka yang tersedia dari waktu tengah hari hingga malam (12PM – 10PM). Untuk pengetahuan anda juga, kedai makan ini tidak menghidangkan daging babi.

Jika anda berminat untuk ke sini, berikut adalah masa operasi dan lokasi mereka:
Lokasi: Block D-13A-G, Kepayan Point, Pintas Avenue, 88200, Kota Kinabalu, Sabah., Kota Kinabalu, Malaysia
Masa operasi: Selasa – Ahad, 8AM – 10PM
Media sosial: Facebook

Lagi di sini: