Mulakan Penggal Kedua Dengan ‘Kekecohan’, Ini Apa Yang Trump Telah Lakukan Dalam Tempoh 100 Hari Pertamanya

WorldPolitics
30 Apr 2025 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, hari ini meraikan pencapaian 100 hari pertama pentadbirannya pada penggal kedua.

Ketika memberi ucapan kepada penyokongnya, Trump menggambarkan permulaan penggal baru ini sebagai “100 hari paling berjaya dalam mana-mana pentadbiran dalam sejarah negara.”

Image from: Mulakan Penggal Kedua Dengan ‘Kekecohan’, Ini Apa Yang Trump Telah Lakukan Dalam Tempoh 100 Hari Pertamanya

Kredit: Buletin TV3

Meskipun beliau menganggap pentadbirannya pada 100 pertama ini sebagai ‘kejayaan’ namun ramai berkemungkinan menyifatkan ia sebagai satu ‘kekecohan’.

Bukan sekadar perang tarif bersama China, Trump juga telah membuat beberapa keputusan lain di peringkat negara yang turut mencetuskan pelbagai ketidakpuasan hati.

Berikut adalah apa yang telah dilakukan Trump sepanjang 100 hari pertamanya di penggal kedua:

image is not available

image is not available

Selain tarik ke atas barangan import dari China, Trump juga mencetuskan pelbagai reaksi selepas beliau turut mengenakan tarik ke atas barangan keluli, aluminium dan automotif.

image is not available

Dalam pada ramai melontarkan kritikan kepada Trump, beberapa dasar baru yang ditetapkan beliau mendapat sokongan dan pujian ramai iaitu dasar rasmi kerajaan Amerika Syarikat bahawa hanya terdapat dua jantina — lelaki dan wanita dan melarang penyertaan lelaki dalam sukan wanita.

Trump turut berjanji untuk melaksanakan “potongan cukai terbesar dalam sejarah Amerika,” termasuk pengecualian cukai ke atas tip, pencen keselamatan sosial dan kerja lebih masa.

Kita baru bermula. Anda belum lihat apa-apa lagi.

image is not available 1 week ago

Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump, Peniaga China 'Claim' Barangan Mereka Jual Adalah 'Made In Malaysia'