Mulut jangan laser, ajar anak ‘behave’ dan jangan minta tapau makanan. Itu antara adab beraya rumah orang

19 Apr 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
adab beraya

SETIAP kali musim perayaan khususnya Aidilfitri, adat berkunjung ke rumah saudara-mara menjadi satu kewajiban.

Tak kira dekat atau pun jauh, mood untuk beraya itu terus on dengan rombongan seisi keluarga, ada yang siap berkonvoi sekali.

Pun begitu, untuk menziarahi sanak saudara khususnya mereka yang lebih tua kena ada caranya.

Adab berkunjung ke rumah orang kena faham betul-betul supaya tak membuatkan tuan rumah terasa hati.

Memetik perkongsian Nuriman Hanalisha melalui akaun TikTok, beliau menyenaraikan nasihat menarik untuk dijadikan panduan bersama.

image is not available

Sesuai dengan situasi semasa, berikut antara tip yang dikongsikan:

1. Jangan lepak lama-lama
– Jangan stay terlalu lama di rumah orang. Kena faham, tuan rumah pun penat nak melayan tetamu sehingga lewat malam.

2. Jangan masuk dapur orang
– Kalau boleh, janganlah sampai masuk ke kawasan dapur time beraya tu walaupun kalian sudah ‘kamceng’ dengan pemilik rumah.
– Lebih baik lepak area ruang tamu atau kawasan halaman lagi sopan.

image is not available
Kredit foto: neuroversiti

3. Ajar anak behave/jaga perlakuan
– Buat mereka yang ada anak kecil, ajar mereka siap-siap supaya jaga perlakuan di rumah orang. Jangan hyper sangat.
– Jangan sampai semua barang perhiasan mahu dipegangnya atau dibawa balik. Peninglah tuan rumah.

4. Adab terima duit raya
– Pesan anak-anak, jangan buka sampul duit raya terus selepas dapat.
– Ajar mereka supaya sentiasa berterima kasih dan bersyukur tak kira apa jua jumlah wang yang diterima.

image is not available

5. Pilih waktu sesuai
– Pemilihan masa untuk berkunjung ke rumah mestilah betul, bukan main terjah ya.
– Kalau boleh elakkan masa seperti awal pagi, waktu Maghrib dan selepas jam 10 malam. Time tu semua orang nak berehat dah.

6. Jangan tapau makanan
– Ini antara pedoman buat mereka yang ‘suka’ bungkus makanan untuk dibawa pulang.
– Jika tuan rumah sudah sediakan makanan siap-siap, tak mengapalah itu rezeki namanya.
-Namun, sekiranya tetamu sendiri yang minta, sudah lain macam, kan? Silap hari bulan nama kalian digugurkan dalam list tetamu untuk Syawal tahun depan

Satu lagi pesanan SinarPlus, kawal percakapan. Jangan terlalu laser kalau bercerita.

image is not available
Kredit foto: Rene Asmussen

Jangan sentuh hal yang berkaitan dengan kelemahan dan kekurangan tuan rumah. Misalnya, jangan tanya fasal anak, kalau dah sedia maklum mereka tiada anak.

Selain itu, jangan tanya hal kerja, jika anda dah tahu suami atau isteri tuan rumah sedang mencari pekerjaan.

Ingat ya, kata-kata anda boleh menghiris hati dan mungkin perasaan itu akan disimpan buat selama-lamanya.

image is not available

5 LAGI PERKARA JANGAN DIPANDANG REMEH

Untuk menambahkan lagi pemahaman kalian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga berkongsikan tip yang sama sebagai panduan. Antara yang perlu diberi perhatian:

i) Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.

ii) Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.

image is not available

iii) Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama.

iv) Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan melambatkan solat pada waktunya.

image is not available

v) Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.

Kalau boleh, berkunjung ke rumah orang dengan niat yang baik sekadar cukup bertanya khabar dan mengeratkan hubungan.

image is not available

Janganlah kita over sehingga membuatkan tuan rumah sentap. Santunilah mereka dengan budi bahasa yang baik dan menyenangkan.

Apapun, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kami Sidang Redaksi SinarPlus. Moga lebaran kali ini lebih meriah dan menyeronokkan.

Hati-hati di jalan raya!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.