
Nama selebriti terkenal, Rozita Che Wan (Che Ta) sebelum ini kecoh selepas isu pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.
Malah, kediaman usahawan terbabit dilaporkan turut diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah untuk proses sitaan.
Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta dikatakan sudah melunaskan bayaran terbabit. Perkara ini dimaklumkan Che Ta menerusi mesej bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
“Mummy dah bayar mara ke?” – Aaisyah

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, Aaisyah bertanya kepada ibunya sama ada hutang MARA sudah dibayar.
Che Ta dengan tenang menjawab bahawa hutang berkenaan telah pun dijelaskan. Namun, apa yang menyentuh hati ramai ialah keprihatinan Aaisyah terhadap situasi ibunya.
Che Ta luah kerisauan seorang anak

Tak.. Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. I love you mummy.
Rupa-rupanya, Aaisyah turut berasa sedih apabila ibunya menjadi buah mulut orang ramai. Menurut Che Ta, anak perempuannya itu sudah meningkat dewasa apabila risau dengan masalah yang dihadapi ibunya.
#OhmediaNasihat
Dalam kehidupan, fitnah atau salah faham memang sukar dielakkan, terutama bagi individu terkenal seperti Rozita Che Wan. Namun, apa yang boleh kita pelajari ialah pentingnya menyelesaikan isu dengan tenang dan terbuka. Di samping itu, kasih sayang serta sokongan keluarga mampu menjadi kekuatan terbesar dalam menghadapi cabaran hidup.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Rozita Che Wan
