
Selepas berita mengejutkan mengenai proses penceraian di mahkamah, isteri pemain bola sepak Faisal Halim sekali lagi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa rindu terhadap anak tunggalnya.
Menerusi satu perkongsian penuh emosi di Instagram, Nur Syazwani memuat naik gambar dirinya bersama anak sambil berkata, mereka pasti akan bertemu satu hari nanti.
“Mummy rindu Khalish”

Perkongsian ini mengundang tanda tanya orang ramai sama ada ibu dan anak ini terpisah buat sementara waktu.
Ramai yang mendoakan agar mereka dapat dipertemukan semula dalam keadaan baik.
Terdahulu, Nur Syazwani menjelaskan punca utama menfailkan penceraian di mahkamah. Jelasnya, dia pernah diceraikan sebelum ini dan kini sekali lagi diarahkan untuk pulang ke pangkuan ibunya.

Pssttt! Bila penceraian berlaku, mesti anak-anak akan menerima tempias. Semoga mereka dapat selesaikan isu secara baik.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

