“Punca Bercerai Bukan Sebab Faisal Tiada Duit Atau Sudah Tidak Kacak” – Peguam Isteri

LocalFootball
3 Sep 2025 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam kepada isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Syazwani Mizuana Shahril, menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anak guamnya memfailkan perceraian kerana masalah kewangan atau keadaan fizikal Faisal Halim yang sudah tidak sama seperti dulu.

Peguam, Roshdan Sujak Rafie menjelaskan bahawa perceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman antara mereka, dan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

Kata Roshdan,

Saya baca komen netizen yang mengatakan anak guam saya fail cerai sebab Faisal tiada duit dan sudah tidak kacak, itu semua tidak benar. Mereka sudah tiada persefahaman.

image is not available

Mengenai keadaan anak guamnya, Roshdan berkata Nur Syazwani berada dalam keadaan baik kerana sudah bersedia menghadapi situasi ini, dengan mengetahui ramai peminat Faisal ingin mengetahui perkembangan mereka.

image is not available

image is not available

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, peguam Faisal memaklumkan bahawa pemain Selangor FC itu pernah melafazkan talak di luar mahkamah dan kemudian rujuk kembali. Oleh itu, pengesahan lafaz talak perlu dilakukan terlebih dahulu.

Peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan perceraian mereka berpunca daripada tiada persefahaman, dan Faisal mendakwa telah melafazkan cerai pada 15 Jun lalu sebelum rujuk sehari kemudian.

Namun, mereka tidak mendaftarkan perceraian dan rujuk itu, menyebabkan prosiding pengesahan lafaz talak luar mahkamah perlu dilakukan. Mahkamah menetapkan 16 Oktober untuk sebutan semula kes. Faisal dan Nur Syazwani berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

image is not available 2025-09-02 18:39:29

Faisal Halim Akui Lafaz Cerai Di Luar Mahkamah - “Sebulan Dah Tak Tinggal Sebumbung”