Baru-baru ini, tular satu dakwaan mengejutkan di media sosial yang mendakwa Hospital Segamat bakal ditutup sepenuhnya menjelang 1 Julai ini.
Dakwaan tersebut mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat, terutama penduduk setempat yang bergantung kepada perkhidmatan hospital berkenaan.
Menerusi tangkap layar hantaran seorang pengguna media sosial yang tular, individu tersebut mendakwa hospital berkenaan tidak lagi menerima rujukan daripada mana-mana klinik bermula bulan Jun.

Malah, individu itu turut mendakwa kononnya sistem kesihatan negara sedang lumpuh akibat kekurangan kakitangan dan doktor.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, individu sama tampil membuat pembetulan dan menjelaskan bahawa bukan keseluruhan Hospital Segamat yang ditutup, sebaliknya hanya melibatkan klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) bermula 1 Julai.

Enggan membiarkan spekulasi tersebut terus berlarutan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kemudian tampil mengeluarkan kenyataan media rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor menegaskan bahawa Hospital Segamat masih beroperasi seperti biasa dan tiada penutupan hospital seperti yang didakwa dalam hantaran tular tersebut.
Menurut kenyataan itu, isu berkenaan sebenarnya berpunca daripada salah faham berhubung surat penangguhan rujukan kes-kes O&G dari daerah Rompin dan Gemas yang bertarikh 3 Jun 2026.
Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kekal berkesan, pihak JKNJ memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan O&G Hospital Segamat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Polis Maklum Ada Terima Laporan Wanita Dicab*l, Dir*gol Di Bilik Jenazah Masjid, Rupanya Ada 'Plot Twist'
The post Muncul Dakwaan Hospital Segamat Bakal Ditutup 1 Julai, JKNJ Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.







