“Mungkin ada unsur dengki” – Pernah Dicekik Orang Dirasuk, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Mistik

Entertainment
23 Sep 2024 • 2:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkara sihir ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan meskipun ia sesuatu yang haram di sisi Islam namun masih ada yang masih melakukannya.

Terbaru, pelakon Diana Danielle berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan perkara mistik ini ketika di usia yang masih kecil.

“Saya pernah mimpi ada ulat bulu dekat lantai karpet. Bila saya terjaga, ulat itu betul-betul ada dan bergerak keluar daripada karpet sampai penuh satu bilik. Lembaga berupa toyol pula terbang mengelilingi saya.

Hantu-hantu ini dihantar macam nak ganggu minda kita, orang lain cuba selamatkan saya tapi mereka tak nampak apa yang saya nampak,” katanya.

Cerita itu dikongsikannya dalam satu episod audio siar bersama Safwan Nazri, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Beeson juga berkongsi perkara itu berkemungkinan berpunca daripada orang yang dengki dengan perniagaan ibunya.

Pelakon filem Imaginur itu juga pernah berdepan detik cemas apabila nyawanya hampir melayang selepas diserang rakan ibunya yang dirasuk.

“Ibu saya pernah dicekik kawan sendiri yang kena rasuk, tapi dia sempat larikan diri. Kemudian, kawan dia pula cari dan cekik saya.

Ibu saya tolak saya pergi belakang dia dan kami masa itu memang dah dekat sangat dengan tingkap.

Masa mereka tengah bergelut, saya hampir terjatuh sebab hanya berpaut pada leher ibu saya, mujur ada orang datang bantu kami,” kongsinya lagi.

Disebabkan pengalamannya itu, Diana kini lebih berhati-hati setiap kali melakukan penggambaran di kawasan pedalaman atau hutan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.