“Mungkin Dia Tak Sihat” – Netizen Pertahan Wanita Baring Dalam MRT

28 Jun 2022 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bila kita naik pengangkutan awam, pasti kita akan berhimpit apabila berhadapan dengan situasi terlalu ramai orang dalam satu-satu masa.

Meskipun terpaksa untuk bersesak-sesak, pengangkutan awam masih menjadi pilihan untuk dinaiki bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang dilihat semakin teruk pada waktu ini.

Namun, apa perasaan korang bila melihat ada individu yang dilihat baring atas kerusi gerabak pengangkutan awam?

Wanita baring dalam MRT

Tular satu video dimuat naik naeldaily di TikTok memaparkan seorang wanita baring di dalam gerabak MRT.

Tindakannya itu dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak sopan memandangkan dia menaiki pengangkutan awam yang turut dinaiki pengguna yang lain.

Ada yang marah, ada yang pertahankan wanita itu

Video yang tular itu mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka mengecam tindakan wanita itu manakala segelintir netizen yang lain mempertahankan wanita itu dengan mengatakan mungkin dia tidak sihat.

image is not available

image is not available

image is not available

Betul juga apa yang dikatakan sesetengah netizen tu, mungkin wanita ni terlampau penat atau sakit. Sebab itu dia baring atas kerusi memandangkan banyak kerusi yang masih kosong lagi.

Kredit: TikTok naeldaily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media