“Buat tak tau je” – [VIDEO] Ibu Kecewa Orang Awam Tak Bagi ‘Seat’ Walaupun Dah Pakai Tag Hamil

Entertainment
24 Jun 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila menaiki pengangkutan awam terutamanya train, sudah pasti akan tersedia sebuah zon keutamaan buat golongan seperti ibu mengandung dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Biarpun sudah tertulis, namun masih ada juga segelintir masyarakat kita yang tidak ambil peduli tentang peraturan berkenaan. Malah, mereka yang tidak berkemampuan pula terpaksa mengalah dan berdiri sehingga sampai ke destinasi.

‘Priority seat’ penuh, terpaksa berdiri lama walaupun sarat hamil

image is not available

Begitulah juga dengan nasib yang terpaksa ditempuh oleh seorang ibu ini apabila dia terpaksa menghadap orang awam yang tiada common sense. Menerusi perkongsian @ohroseeeee di laman TikTok, wanita yang sarat hamil itu difahamkan telah menaiki sebuah train.

Namun, dia kecewa selepas melihat ruangan priority seat telah dipenuhi oleh orang yang sihat tubuh badan. Tambahnya lagi, dia turut difahamkan telah menghadapi situasi yang sama berulang kali selain sudah penat untuk menegur.

Dah pakai tag hamil, tetap orang tak bagi ‘seat’

image is not available

Walaupun telah memakai pregnant tag serta saiz perutnya yang memang jelas besar, namun penumpang train lain tetap sahaja tidak ambil peduli. Bagaimanapun, individu tersebut hanya mampu reda selain menasihati orang ramai agar sentiasa alert dengan perkara ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa ibu terbabit. Selain itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman sama sehingga ada yang serik menggunakan pengangkutan awam lagi.

image is not available

Ingat tau korang, bagi keutamaan tempat duduk pada orang yang lebih memerlukan! Jangan selfish okayy!!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.