“Mungkin dia terlalu rindu..”- Fattah Amin jawab isu anak enggan berenggang sepanjang majlis

EntertainmentFamily & Parenting
15 Sep 2025 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktor popular, Fattah Amin, 35, mendedahkan puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya, 5, enggan berenggang dengannya pada majlis pernikahannya dengan penyanyi Amira Othman gara-gara rindu yang terlalu menebal.

Kongsi Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, dia sendiri tidak menjangka reaksi manja anak perempuannya itu.

image is not available

“Fatima tak nak lepaskan tangan saya, dia rindu. Sebab kebetulan ketika bersiap sebelum majlis pernikahan, tiba-tiba tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.
“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tidak sangka ingat bila dia sudah peluk, dia mahu lepas. Rupanya dia tidak lepaskan tapi, itulah mungkin dia rindulah.

image is not available

“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang isteri syurga yang boleh menerima dan dia memang sangat memahami.
“Macam tadi pun (malam semalam) dia (Fatima) tidak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira angguk itu yang saya bawa juga,”ujarnya

Fattah Amin jawab isu anak enggan berenggang

Pun begitu, yang paling penting baginya adalah melihat isteri dan anak gembira pada hari bersejarah tersebut, dan bersyukur majlis berlangsung lancar.

image is not available

Majlis akad nikah Fattah dan Amira berlangsung di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang, malam semalam dan diserikan dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Majlis turut disiarkan secara langsung di saluran Inspirasi Unifi TV 2.0.

Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Nur Fazura dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)