Fattah Amin Syukur Akad Nikah Lancar, Kongsi Foto Fatima Senyum Gembira

EntertainmentLifestyle
15 Sep 2025 • 3:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fattah Amira

Akhirnya saat yang dinanti tiba, pelakon popular Fattah Amin sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, penyanyi Amira Othman dalam satu majlis penuh meriah malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Fattah Amin mohon doakan perkahwinannya

Dia turut berterima kasih kepada semua yang hadir serta memohon doa agar rumah tangganya diberkati dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Dalam hantaran itu juga, pelakon ini memuat naik beberapa keping foto menunjukkan sekitar majlis akad nikah tersebut.

Fatima comel!

Paling menambat hati adalah gambar Fattah bersama anak perempuannya, Fatima yang tersenyum gembira.

image is not available

image is not available

Untuk rekod, hubungan Fattah Amin dan Amira Othman mula dihidu peminat apabila mereka sering bergandingan mempromosikan produk.

Selepas sekian lama berteka-teki, Fattah akhirnya mengumumkan berita gembira apabila menukar status daripada rakan sekerja bersama Amira kepada rakan serumah.

Untuk perkahwinan terdahulu bersama selebriti Nur Fazura, Fattah dikurnikan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya.

Pssttt! Oh! Media ucapkan tahniah buat Fattah Amin dan Amira yang kini melangkah ke alam rumah tangga. Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu yang penuh kebahagiaan dan keberkatan.

Kredit: Instagram Fattah Amin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.