“Mungkin Keadaan Memaksa Dia Jadi Macam Tu” – Bun*h Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Entertainment
25 May 2023 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kejadian bunuh membabitkan seorang wanita di mana mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di sebuah kampung di Sabak Bernam mengejutkan satu Malaysia.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap suspek yang tergamak menoreh perut dan membakar mangsa kerana takut kehamilan luar nikah itu terbongkar.

image is not available

Dalam pada itu, teman wanita suspek juga turut meraih perhatian dan menjadi bualan selepas memuat naik video di TikTok mengakui dirinya sudah pun memaafkan kekasihnya itu.

Tangkap layar video itu tular di Twitter dan hangat diperkatakan oleh warganet yang terkedu apabila gadis tersebut seperti masih mahu menceritakan kebaikan suspek.

Menerusi komen, gadis dikenali sebagai Eshaa itu berkata suspek seorang yang sangat baik dan dia percaya keadaan yang memaksa teman lelakinya bertindak sedemikian.

image is not available

Ramai netizen seperti tidak percaya dan mengutuk gadis tersebut kerana tetap mahu mempertahankan suspek yang sudah pun mengaku melakukan pembunuhan itu.

Segelintir individu turut berkata bahawa gadis itu sepatutnya mengasihani mangsa tetapi sebaliknya dia hanya bercakap tentang teman lelakinya malah tidak malu menonjolkan dirinya sebagai kekasih suspek.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 1 hari lalu

"Walau Betul Sekalipun Dia Salah, Biarlah Dia Terima..." - Kes Toreh Perut & Bakar, 'Girlfriend' Akui Sudah Maafkan Suspek