“Mungkin Marissa Rindu” – Foto Dimuat Naik Rupanya Foto Lama, Isteri Pertama Jelaskan Situasi Sebenar

Entertainment
14 Apr 2024 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
marissa dania

Madu kepada Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan tampil menjelaskan situasi sebenar selepas viral foto menunjukkan mereka seakan-akan sudah berdamai dengan takdir.

Dalam hantaran tersebut, Umisya menjelaskan foto yang dimuat naik adalah gambar lama yang diambil pada Januari 2024.

Ketika itu, mereka memang ada berbaik tetapi masing-masing membuat hal sendiri selepas kisah nikah viral.

image is not available

Umisya juga mengaku situasi mula berubah dan mereka ada berbalah membuatkan hubungan kembali renggang.

Kata Umisya lagi, dia tidak pernah menghebahkan kepada umum bahawa mereka adalah musuh. Isu dengan jenama pakaian baru-baru ini adalah untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Situasi kami sekarang tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahu alam

Umisya menganggap tindakan Marissa memuat naik foto tersebut kerana rindu dan mengakui mereka sudah lama tidak berhubung.

image is not available

Dia terpaksa memberi penjelasan melalui Instagram Story kerana Marissa memuat naik foto tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Kredit: Instagram Umisya Mazlan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media