Marissa Dania Tutup Mulut Netizen, Beri Bukti Dah Berbaik Dengan Madu

Entertainment
14 Apr 2024 • 7:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
marissa dania

Konflik di antara Marissa Dania dan madunya, Umisya Mazlan nampaknya sudah berakhir apabila mereka dilihat keluar bersama.

Perkara itu didedahkan Marissa sendiri menerusi satu hantaran gambar di Instagram Story. Dapat dilihat kedua-dua isteri kepada lelaki bernama Aslam tersenyum manis dalam foto selfie yang diambil.

image is not available

Bersama foto tersebut, anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ini menulis, ‘ada andaian yang memerlukan penjelasan’.

Gambar ini sekaligus menutup mulut netizen yang menggelarkan Marissa sebagai penyondol dan pemusnah rumah tangga orang.

image is not available

Alhamdulilah, nampaknya Marissa dan Umisya sudah berdamai dengan takdir hidup mereka. Didoakan yang baik-baik jer untuk mereka berdua.

Kredit: Instagram Marissa Dania

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.