'Mungkin Sampai Di Sini Saja Kisah Kami' - Status Terbaru Zulin Aziz Cetus Tanda Tanya Netizen

17 Apr 2023 • 12:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zulin Aziz telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang mengejutkan ramai. - Gambar Instagram

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba selebriti serba boleh, Zulin Aziz telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang mengejutkan ramai.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, telah memuat naik gambar perkahwinannya bersama kapsyen yang menggambarkan seolah-olah ikatan perkahwinan yang telah dibina sejak setahun lalu sudah terlerai.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

"Mungkin sampai di sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Inshallah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Jaga diri," tulisnya di bahagian kapsyen. 

Sementara itu di bahagian komen, netizen masih ragu-ragu dengan hantaran Zulin. Rata-rata mereka beranggapan bahawa ini mungkin gimik semata-mata.

Ini kerana semalam Zulin telah dilihat memuat naik video di Insta Story sedang membeli barang untuk membuat kuih Raya bersama suaminya. 

image is not available

Usaha Getaran untuk mendapatkan kenyataan daripada Zulin dan suaminya juga gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Apa-apa pun kita tunggu perkembangan terkini daripada Zulin Aziz. Semoga semuanya baik-baik sahaja. - Getaran, 17 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved