
Pelakon dan pengacara popular, Zulin Aziz pada hari ini mencetuskan tanda tanya peminat selepas memuat naik sebuah gambar nikah di Instagram.
Menerusi kenyataan hantarannya itu, Zulin memaklumkan sudah tiada lagi persefahaman dan menyatakan kisah mereka mungkin setakat ini sahaja.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah masa merawat semuanya.
“Thank you for everything. Take care,” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mengejutkan orang ramai, rata-rata pengikut Zulin terkejut dan tidak percaya dengan situasi yang berlaku kerana pasangan itu sebelum ini dilihat baik-baik saja, secara tiba-tiba membuat pengumuman tersebut.
Ada juga yang mengatakan mungkin pengumuman itu hanya sekadar gimik sahaja, namun telah dinafikan Zulin menerusi hantaran di Insta Story.
“Content, marketing, prank? Benda-benda sewaktu dengannya untuk apa?
“Saya tiada lagu nak keluar, Tak ada product nak launch. Hal macam ni orang gila je buat gurauan. Please stop!”
Dalam pada itu, beliau mohon doa yang baik-baik daripada semua selepas mengumumkan berita perpisahan itu.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.
Diharapkan ujian yang berlaku dapat berakhir dengan baik…
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

