"Mungkin Standard Bekas Isteri Saya Terlalu Tinggi” – Idzham Ismail Akui Sukar Cari Pengganti

19 Dec 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Idzham Ismail mengakui dirinya sukar untuk mencari pengganti baharu selepas bercerai dengan bekas isterinya, Siti Nur Abilah pada awal November lalu. 

Sukar cari pengganti baharu


Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Idzham atau nama sebenarnya, Muhammad Idzham Ismail, 36, ciri-ciri yang dimiliki oleh bekas isterinya membuatkan dirinya berfikir panjang untuk mencari calon isteri baharu.

Hal ini kerana bekas isterinya telah menetapkan tanda aras yang cukup tinggi dalam kehidupannya ketika perkahwinan mereka masih bahagia.

“Aku baru faham apa maksud ‘having standards’ hahaha. 


“Mungkin bekas isteri aku tetapkan standard terlalu tinggi, jadi bila aku buat silap sikit, dia terus rasa annoyed,” katanya menerusi akaun di Thread. 

Netizen soal standard yang dicari 


Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah meraih banyak persoalan daripada netizen yang bertanya tentang tanda aras yang dicari oleh Idzham sendiri.  

Idzham kemudiannya menjawab segala persoalan yang diterimanya mengenai tanda aras tersebut dan mengesahkan satu jawapan yang ditinggalkan oleh seorang individu di akaun Threads.  

“Pemahaman saya, Idzham ni sebenarnya memuji standard bekas isterinya yang terlalu tinggi, sampai nak cari pasangan seterusnya yang tidak setaraf dengan standard bekas isterinya pun dia dah rasa terganggu. 


“Yelah, dia kan dah lama hidup bersama bekas isterinya, jadi dia mestilah faham. Betul tak?,” komen dari netizen.
 


Sekadar info, Idzham Ismail mengesahkan dia  sudah bercerai dengan bekas isterinya menerusi hantaran di Instagram Story dan menegaskan tidak akan kembali bersama semula. 

Idzham mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan bekas isteri ke proses perceraian. 

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.