Murah rezeki! Ayu Raudhah hamil lagi, bakal timang anak ke-7

7 May 2024 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Ayu Raudhah hamil lagi dan dia mengesahkan bakal menimang cahaya mata yang ketujuh ketika menghadiri majlis rumah terbuka kakaknya iaitu aktres Rozita Che Wan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, kenalan keluarga Ayu iaitu Rosix Omar telah memuat naik satu video memaparkan aktres itu Rozita yang mesra dikenali sebagai Che Ta dan Datin Rohaiza Che Wan.

Ayu Raudhah hamil lagi!

Pada video itu, Rosix memuji sambil berseloroh kepada adik-beradik Che Wan dan berkata setiap kali dia berjumpa dengan Ayu, aktres itu pasti akan hamil.

“Saya tak pernah jumpa Ayu tak mengandung,” katanya.

Bakal timang anak ketujuh, Ayu Raudhah hamil lagi

image is not available

Gurauan Rosix itu disambut dengan gelak tawa dan gurauan daripada adik-beradik tersebut lalu memuji kecantikan adik-beradik itu sekali lagi.

Namun begitu, Rosix terkejut apabila Che Ta mendedahkan Ayu kini berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketujuhnya tidak lama lagi.

Sebaik sahaja Che Ta menyatakan adiknya itu kini berbadan dua, Ayu mengangguk mengesahkan perkara tersebut disamping disokong Datin Rohaiza.

image is not available

“Sampai 10 lah saya rasa, eh buat sampai 11 jadi pasukan bola,” seloroh Rosix lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet turut terkejut dengan berita Ayu berbadan dua kerana hampir setiap tahun mengandung.

Asal raya mengandung, murah rezeki

image is not available

Betullah, haritu bukan baru bersalin ke

image is not available

Ayu Raudhah kot, mau tak mengandung

image is not available

Ada isi lagi?

image is not available

Tabahnya Ayu jaga anak

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang meninggalkan komen pujian kepada adik-beradik itu kerana walaupun sudah bergelar ibu kepada beberapa orang anak, ketiga-tiganya masih cantik.

Datin Rohaiza sangat cantik

image is not available

Dari dulu Ayu Raudhah memang cantik

image is not available

Che Ta je yang cantik kalau pakai hijau neon

image is not available

Sekadar info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama bekas kapten Harimau Malaya iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel namun nama anak keenamnya masih belum diketahui.

Sumber: TikTok Rosix Omar