“Pantang Lalu Belakang Mengandung” – Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ke-7 Julai Nanti

7 May 2024 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ayu raudhah

Murah rezeki sungguh! Itulah yang dapat dikatakan apabila mendapat khabar pelakon jelita, Ayu Raudhah kini sedang hamil anak ketujuh.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan pempengaruh Rosix Omar, usia kandungan Ayu sudah mencecah tujuh bulan dan bakal menyambut kelahiran bayi itu pada Julai nanti.

Memetik laporan Pa&Ma, pelakon ini meluahkan rasa syukur dan memohon orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik.

Dia sendiri segan mahu bercerita lanjut tetapi perutnya yang semakin membesar tidak dapat disorok lagi.

Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.

Di ruangan komen, netizen tumpang gembira dan menyifatkan Ayu seorang wanita yang sangat beruntung.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Mereka juga memuji ketabahan dan kesabaran Ayu dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Kredit: TikTok @rosixomar25 | PaMa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.