“Murah & sedap” – Restoran Di Penang Sedih Tak Dapat Jual Kuih Daripada Ikhwan, Dakwa Vendor Terbaik

Entertainment
2 Oct 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah restoran di Permatang Pauh, Pulau Pinang meluahkan rasa sedihnya menerusi reels Facebook miliknya terhadap Global Ikhwan Services (GISBH) kerana anak syarikatnya, Ikhwan Bakery merupakan salah satu vendor yang meletakkan hasil jualan di restorannya.

Menerusi video yang telah meraih 520 jumlah perkongsian, ia telah menerima pelbagai reaksi netizen apabila restoran tersebut menyatakan bahawa Ikhwan adalah vendor terbaik.

Video tersebut memperlihatkan koleksi hasil jualan di restoran yang dikerumuni oleh orang ramai membeli di kedainya. Di samping itu, tertulis juga luahan sedih kerana kedai tersebut tidak lagi menjual donat yang dibuat oleh Ikhwan Bakery lagi. Katanya, ia murah dan sedap.

image is not available

“Donat, kek sedap dan murah, vendor terbaik, mudah berurusan, yang tak habis tak pernah ambil, dia sedekahkan.”

image is not available

Dalam pada itu, restoran ini membuka kepada vendor lain untuk meletakkan menu jualan mereka di kedainya beserta pesanan untuk sentiasa komited dalam meletakkan hasil jualan di kedai mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mengkritik tindakan restoran ini.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.