Murid 11 tahun lemas ketika sertai aktiviti air di kolam renang

8 Nov 2025 • 1:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadil

KUALA LUMPUR – Seorang murid lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalani Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 11 tahun merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti program berkenaan pada Rabu.

"Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut masih dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved