Murid Darjah 1 Menangis Tak Nak Pulang Ke Rumah

Family & Parenting
12 Mar 2024 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
harraz

Seorang murid darjah 1 di Terengganu menghiburkan orang ramai kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Gelagat murid yang dikenali sebagai Harraz ini terpaksa dipujuk oleh ibu yang hendak membawanya pulang ke rumah.

image is not available
TikTok: @nikfatin

Harraz sangat berbeza dengan murid biasa yang lebih gemar menangis kerana hendak pulang ke rumah. Mungkin kerana beliau sudah mengenali ramai rakan baru di dalam kelas.

Abang, eh orang balik dah. Jom, abang kena balik dulu esok pula jumpa. Tengok orang semua balik dah.

Seronok masuk darjah satu sampai tak nak balik sekolah, cikgu tengok anak murid cikgu ni – ibu Harraz –

Untuk pengetahuan korang, Harraz juga merupakan anak kepada pemain bola sepak Terengganu FC, Nurhakim Hassan.

image is not available

Semoga ada ramai lagi murid darjah 1 seperti Harraz yang sangat gembira pergi ke sekolah sampai tak nak balik rumah.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media