Murid Mengadu Terus Ke PMX, Pintu Tandas Sekolah Rosak -“Dua Rosak, Dua Boleh Pakai”

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 1:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan berani murid mengadu terus ke PMX berkaitan tandas di sekolahnya telah mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas mendengar repon daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai norsahida89 apabila merakam dan memuat naik momen berkenaan sewaktu PMX melawati tapak bazar Ramadan.

Murid mengadu terus ke PMX keadaan tandas sekolah

Dua orang kanak-kanak yang berada di samping Perdana Menteri telah memaklumkan yang pintu tandas di sekolahnya mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki.

image is not available

Murid mengadu terus ke PMX, respon curi perhatian

Mengambil maklum perkara itu, PMX telah bertanya semula kepada murid-murid terbabit lokasi sekolah mereka serta keadaan pintu tandas itu.

Beliau juga memberi respon dengan mengatakan akan segera menangani masalah terbabit dengan menghubungi Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Dua tandas rosak, saya kena telefon Fadhlina sekejap lagi,” jawab PMX.

Menteri Pendidikan ambil maklum

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif termasuklah dari pihak Menteri Pendidikan sendiri apabila meninggalkan komen di ruangan TikTok pengguna terbabit.

Ujar Fadhlina, beliau ambil maklum perkara itu selepas mendengar namanya diseru oleh perdana menteri menerusi video tular terbabit.

image is not available

Ni baru betul complaint terus ke ‘orang atas’

Dalam pada itu, netizen di media sosial juga memberikan pelbagai maklum balas dengan mengatakan murid-murid berkenaan berada di kelas tersendiri apabila mengadu terus ke perdana menteri.

Walau bagaimanapun, mereka memuji respon daripada PMX yang tetap mendengar aduan daripada murid sekolah dan berharap agar pihak-pihak berwajib segera bertindak.

image is not available

Kelam kabut pihak berwajib

image is not available

Level korang dah lain dik!

 

image is not available

Difahamkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkesempatan mengunjungi bazar Ramadan Kemunting dan bertemu masyarakat setempat sambil bertanya khabar dengan para pengunjung serta peniaga di sana.

Sumber: TikTok norsahida89