Nenek Santai Balik Solat Tarawih Bawa ATV Sambil Makan Aiskrim [Video]

28 Mar 2025 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sedar tak sedar, kita kini sedang melalui 10 malam terakhir Ramadan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Di dalam 10 malam terakhir ini, sudah pasti ramai memperbanyakkan amalan dalam mengejar malam Lailatul Qadar seperti qiyam Ramadan di masjid atau surau.

Kebiasaannya, golongan-golongan warga emas lah yang akan memenuhi masjid atau surau berdekatan rumah mereka di akhir-akhir Ramadan ini dengan menaiki motosikal, kereta atau hanya berjalan kaki.

Tular warga emas bawa ATV pergi surau nak qiyam Ramadan

Bagaimanapun, lain pula dengan seorang wanita warga emas ini apabila tular videonya di media sosial video membawa ATV (All-Terrain Vehicle) ketika ingin pulang dari sebuah surau di Perlis.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mustaqim-abdullah pada semalam (27 Mac), warga emas itu dipercayai hadir ke surau berkenaan untuk qiyam Ramadan.

Dia berjaya menarik perhatian pemilik video kerana dilihat berbeza berbanding rakan-rakan sebayanya yang hanya berjalan kaki atau menaiki motosikal.

Nenek selamba bawa ATV sambil tangan sebelah pegang aiskrim

Dalam video sama, warga emas yang masih menyarung kain telekung itu dilihat santai membawa ATV sebelah tangan sambil menikmati aiskrim.

ATV berwarna hitam itu juga tidak mempunyai lampu menyebabkan dia terpaksa memakai lampu suluh (camping headlamp) di kepalanya.

Kebiasaannya, ATV ini digunakan untuk membuat aktiviti lasak seperti ‘adventure’ masuk ke hutan, ladang kelapa sawit dan sebagainya.

Netizen terhibur teruja dan terhibur lihat nenek bawa ATV pergi surau

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi setelah melihat video itu.

Kebanyakan orang berasa terhibur melihat telatah warga emas berkenaan yang membawa ATV sambil memakan aiskrim.

Tidak kurang juga yang teruja melihat keupayaan warga emas terbabit membawa ATV dalam usia yang sudah lanjut begitu walhal kenderaan itu lebih popular di kalangan anak muda dan kaum lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available