
JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila berjaya mengumpulkan wang berjumlah 24 juta rupiah (RM5,488) melalui program menabung di sekolahnya.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan kanak-kanak itu menunjukkan wang yang dikumpulnya.
Seorang guru kemudian menunjukkan buku ‘akaun simpanan’ yang merekodkan jumlah wang serta tarikh pemberian duit itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bagus guru-guru di situ, mereka bersikap jujur, kata seorang netizen.
“Bukan anak yang menabung tetapi ibunya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Murid perempuan kumpul wang lebih RM5,000 appeared first on Kosmo Digital.





