Jemputan Pelajar Untuk ‘Uncle Anwar’ Terima Respon PM

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 8:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jemputan Pelajar Untuk ‘Uncle Anwar’ Terima Respon PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila membalas pelawaan seorang pelajar yang memanggilnya ‘Uncle Anwar’ untuk hadir ke program Hari Usahawan Cilik di sekolahnya, Sabtu ini.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Anwar memaklumkan beliau sebenarnya berhasrat untuk memenuhi jemputan tersebut, namun terpaksa menolaknya atas komitmen rasmi di Brunei.

“Wassalam. Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu saya di Brunei. 

“Saya doakan Hari Kantin taska berjalan lancar. Jangan beli jajan banyak sangat,” katanya secara berseloroh ketika membalas pelawaan pelajar berkenaan hari ini.

Sebelum itu, seorang guru tadika menerusi akaun @aqilkmzmn berkongsi kisah bagaimana seorang anak muridnya cuba mengundang Perdana Menteri untuk menghadiri program Hari Usahawan Cilik yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Menurut guru berkenaan, seorang pelajar di Al Sakeenah Learning Centre bertanyakan sama ada Perdana Menteri boleh dijemput ke program tersebut.

“Minggu lalu, seorang murid saya bertanya sama ada dia boleh jemput PMX datang ke Hari Usahawan Cilik.

“Kami juga beritahu, kalau dia berjaya bawa PMX datang, kami akan berikan 100 mata dalam ClassDojo sebagai ganjaran. Jadi, dia terus sahaja jemput PM,” katanya menerusi hantaran itu. - Getaran, 21 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved