Murid Tahun 6 Maut Selepas Pengsan Ketika Perhimpunan

LocalHealth & Fitness
9 May 2026 • 4:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Murid Tahun 6 Maut Selepas Pengsan Ketika Perhimpunan

KUALA LUMPUR - Seorang murid Tahun Enam maut, selepas pengsan ketika perhimpunan sekolah di Kapar, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mangsa yang berusia 12 tahun dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurut beliau, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut.

“Setakat ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Getaran, 9 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved