Murid Tahun Lima jatuh dari bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasut

7 May 2026 • 4:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Murid Tahun Lima dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah di Batu Berendam ketika cuba mengambil kasut di atas bumbung.

Seorang murid Tahun Lima dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Batu Berendam, Melaka sebelum dikejarkan ke hospital dalam kejadian pada Rabu.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasutnya yang dilempar seorang murid lain ke atas bumbung sekolah berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira waktu tengah hari ketika semua murid sedang bersiap untuk pulang dari sekolah.

“Murid yang terjatuh itu dipercayai cuba mengambil semula kasutnya yang dicampak ke atas bumbung sebelum tergelincir dan jatuh,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan terkini mangsa masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Insiden berkenaan juga mendapat perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin yang mendoakan kesembuhan buat murid berkenaan.

The post Murid Tahun Lima jatuh dari bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasut appeared first on The Reporter.