Murid Tahun Satu ditemukan maut di pangsapuri

23 Oct 2026 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Murid Tahun Satu ditemukan maut di pangsapuri
Pasukan forensik polis menjalankan tugas di lokasi kejadian.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak tujuh tahun ditemukan maut di Tampoi di sini pada Jumaat.

Mangsa ditemukan kira-kira jam 5.30 petang di luar rumahnya di sebuah pangsapuri.

Difahamkan, ketika kejadian ibu murid Tahun Satu sebuah sekolah di sini itu sedang berada di dalam rumah manakala bapanya yang bekerja sebagai kelindan lori pula keluar menjalankan tugas.

Ibunya hanya dimaklumkan oleh rakan mangsa berhubung kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian menadapati sepasukan polis forensik sedang melakukan siasatan termasuk mengambil sebuah basikal milik mangsa untuk siasatan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk proses bedah siasat.

Usaha mendapatkan kenyataan pihak polis berhubung kejadian sedang dilakukan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved