Murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah

15 Jul 2026 • 9:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah
Seorang murid lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah bas sekolah dalam kejadian di Jalan Bunga Raya 3, Taman Sri Lalang, Kluang pada Rabu.
Image from: Murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah
Mangsa, Muhammad Umar Mohd Faaiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Image from: Murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah
Selepas menurunkan pelajar terbabit, bas sekolah itu membelok ke Jalan Bunga Raya 3 sebelum dipercayai melanggar mangsa yang berada di sebelah kiri jalan.
Image from: Murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah
Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KLUANG – Seorang murid lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah bas sekolah dalam kejadian di Jalan Bunga Raya 3, Taman Sri Lalang di sini pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, Muhammad Umar Mohd Faaiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati sebuah bas sekolah jenis Hino yang dipandu wanita tempatan berusia 36 tahun telah menurunkan mangsa di Jalan Bunga Raya.

**media[3583807]**

"Bagaimanapun, selepas menurunkan pelajar terbabit, bas sekolah itu membelok ke Jalan Bunga Raya 3 sebelum dipercayai melanggar mangsa yang berada di sebelah kiri jalan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Bahrin, akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

**media[3583808]**

Pemandu pula pengsan dipercayai terkejut menyaksikan kejadian tersebut dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis Daerah Kluang menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

**media[3583810]**

"Pemandu bas sekolah khususnya perlu memastikan keselamatan pelajar yang menaiki kenderaan mereka berada pada tahap optimum sebelum meneruskan perjalanan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved