Musa, Hajiji hadir Majlis Kesyukuran sempena HKHS

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Musa, Hajiji hadir Majlis Kesyukuran sempena HKHS

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena Hari Kebangsaan Hari Sabah. Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 jemaah itu diadakan di Masjid Negeri pada Jumaat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting disusuli bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar yang seterusnya menjadi khatib dengan khutbah yang bertajuk “Jiwa Merdeka : Perjuangan Belum Selesai”.

Turut menyampaikan tazkirah ringkas ialah Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Seterusnya, jemaah menunaikan Solat Jumaat dan juga solat hajat bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Suhaidi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama Negeri, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah serta Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Negeri Sabah, Azman Sipan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved