‘Musim dulu menang berpuluh ribu, kali ini tiada apa’

Entertainment
4 Oct 2026 • 11:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Musim dulu menang berpuluh ribu, kali ini tiada apa’

SHAH ALAM – Akur dinobatkan tempat ketiga program Kilauan Emas Selebriti 2026, pelakon Zila Bakarin bagaimanapun mempersoalkan tiada sebarang wang tunai atau habuan disediakan buat pemenang musim ini.

Menurut Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, perkara tersebut amat mengejutkannya kerana penganjuran musim terdahulu menawarkan hadiah bernilai puluhan ribu ringgit, berbeza dengan edisi kali ini yang dianggapnya agak hambar dari sudut ganjaran.

“Saya tak kisah pun nombor berapa, bukan dapat duit pun.

“Saya sangat terkejut sebab dari awal saya tak tahu hadiah apa. Musim sebelum ini boleh menang sampai berpuluh ribu, tapi kali ini tiada apa.

“Memang kita masuk ini dikira amal jariah tapi janganlah begitu,” katanya kepada Kosmo! Online usai program Kilauan Emas Selebriti 2026, semalam.

Terikat dengan komitmen pertandingan, pelakon filem Syaitan Munafik itu mengakui terpaksa berehat daripada sebarang penggambaran demi memberi tumpuan penuh, sekali gus menjejaskan punca pendapatan lain.

“Kalau nak cerita fasal amal jariah, kami peserta yang perlukan. Berapa lama saya tak menjalani penggambaran sepanjang dalam program ini.

“Saya bergelut, penat dan banyak sangat perkara yang kita korbankan. Kalau awak di tempat saya, awak rasa berbaloi tak?,” luahnya lagi.

Meskipun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ganjaran, Zila tetap melakukan tugasan pertandingan dengan penuh ikhlas kerana Allah, keluarga serta peminat setia.

“Bukan saya tak bersyukur dengan jalan yang diberikan tapi kalau betul program amal jariah tak perlu ada kedudukan nombor untuk kami para perserta.

“Setiap minggu saya buat kerana Allah, keluarga dan peminat. Saya pun tak sangka saya boleh buat sampai dapat tempat ketiga,” ujarnya.

Semalam, Datuk Jalaluddin Hassan diumumkan sebagai pemenang Kilauan Emas Selebriti 2026 manakala Datuk Ahmad Tamimi Siregar menduduki tempat kedua.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Zila dan diikuti Fazlina Ahmad Daud, Amyza Aznan dan Rahhim Omar. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Musim dulu menang berpuluh ribu, kali ini tiada apa’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved