Enam peserta Kilauan Emas selebriti ke final

Entertainment
27 Sep 2026 • 12:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam peserta Kilauan Emas selebriti ke final

SHAH ALAM: Enam peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Kilauan Emas Selebriti setelah tiada penyingkiran dilakukan pada minggu separuh akhir yang berlangsung di MBSA, Shah Alam malam tadi.

Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Amyza Aznan, Zila Bakarin dan Rahim Omar dan Fazlina Ahmad Daud menarik nafas lega apabila diumumkan terselamat semalam.

Fazlina bagaimanapun merekodkan markah tercorot iaitu 61.95 peratus sekali gus berada ke tangga terakhir.

Dalam pada itu, Emas Berkilau Of The Week pada konsert semalam diberikan kepada Jalaludin yang melayakkan beliau membawa pulang RM2000 buat kali ketiga.

Jalaludin memutuskan untuk menyerahkan hadiah sumbangan kepada anggota kumpulan Freedom, Shuib Shaari yang lapan tahun diuji penyakit Angin Ahmar.

Pentas akhir Kilauan Emas Selebriti minggu hadapan membawa tema Selekoh Terakhir di mana peserta berdepan cabaran membawakan lagu yang ditugaskan kepada mereka untuk merebut kejuaraan. – UTUSAN

The post Enam peserta Kilauan Emas selebriti ke final appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved