
SIPITANG: Musim durian di sini sudah bermula menerusi tinjauan Harian Ekspres di gerai-gerai dan tamu minggu di sini.
Tinjuan di gerai buah-buahan berhampiran bangunan pejabat Pertanian dan bangunan Mara, lokasi mudah didapati pada Selasa, mendapati buah durian kini semakin banyak dijual bersama buah tempatan lain seperti rambutan, tarap, cempadak, bambangan, avocado, buah naga dan jambu batu namun tidak banyak.
Seorang peniaga, Jumat Tuah, dari Kg Bangsal, berkata penjualan buah durian semakin ketara sejak minggu kedua bulan Ogos. Menurutnya, pada masa ini buah durian ini dibawa dari kawasan mukim Melamam dan mukim Sindumin.SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dia yang sudah berniaga durian di Sipitang selama lebih 30 tahun memberitahu, bekalan durian pada tahun ini tidak serentak tetapi masih dalam kuantiti yang banyak dan dijangka bertambah hujung bulan Ogos ini.
Katanya, selain pembeli tempatan, pengunjung dari Sarawak dan Brunei juga tidak ketinggalan untuk datang membeli khususnya dari Brunei.
Sementara itu, Nizam dari Brunei yang ditemui berkata, mereka datang bersama keluarga dan rombongan dengan enam buah kenderaan. Mereka singgah membeli buah durian sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
“Kami juga difahamkan selain Sipitang beberapa tempat di Sabah juga dalam musim durian sekarang dan sudah tentu ini menjadi tarikan untuk dikunjungi,” katanya. Antara jenis buah durian yang dijual ialah durian kampung, Musang King, durian Utak Udang, durian 123, durian special, dan durian Sukang berharga antara RM12 hingga RM25 sekilogram, manakala menggunakan tompokan dalam bakul berharga antara RM180 hingga RM25, ikatan/tompokan berharga antara RM55 hingga RM65 dan menggunakan tapau berharga antara RM15 hingga RM25 satu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



