Musim tengkujuh: Pulau Perhentian mulai sunyi

30 Oct 2026 • 7:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Musim tengkujuh: Pulau Perhentian mulai sunyi

BESUT: Pulau Perhentian dekat sini, yang sebelum ini meriah dengan kehadiran pelancong semakin sunyi apabila kebanyakan pengusaha chalet dan premis perniagaan mula menutup operasi sejak awal Oktober lalu berikutan ketibaan musim tengkujuh.

Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan malah menyebabkan pengusaha bot pelancong kehilangan sumber pendapatan utama sehingga terpaksa melakukan kerja lain bagi menampung perbelanjaan harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd. Nor berkata. hanya sebahagian kecil pelancong masih berkunjung ke pulau berkenaan ketika ini.

Katanya, kebanyakan pengusaha mula menghentikan operasi perniagaan dan memberi tumpuan kepada keperluan penduduk setempat berikutan jumlah pelancong yang semakin berkurangan.

“Sejak awal Oktober, kebanyakan chalet sudah ditutup dan hanya pengusaha inap desa tertentu masih beroperasi. Minggu lepas pun tidak ramai pelancong masuk ke pulau ini dan keadaan sekarang memang sunyi berbanding musim pelancongan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nik Zawawi berkata, pemandu bot pelancong lazimnya tidak dapat beroperasi kira-kira empat bulan sepanjang musim tengkujuh sekali gus menyebabkan mereka kehilangan pendapatan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, ada antara mereka yang terpaksa beralih kepada aktiviti menangkap ikan di kawasan pinggir pantai bagi memperoleh pendapatan untuk menampung kos kehidupan seharian. – UTUSAN

The post Musim tengkujuh: Pulau Perhentian mulai sunyi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved