Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’

15 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’

BERA – Di sebalik kegiatan pencerobohan dan penerokaan Hutan Simpan Kekal Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera, keadaan di tasik itu terus sunyi daripada kunjungan pelancong.

Ketiadaan chalet dan operasi di tasik itu menyebabkan ia terus sepi daripada aktiviti pelancongan sejak lebih 10 tahun lalu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati kawasan tasik ber­kenaan yang dibuka pada Sabtu dan Ahad begitu sunyi dengan keadaan chalet yang tidak bero­perasi.

Keadaan ini juga menyebabkan lalang memenuhi kawasan chalet yang baru dibina dan tiada kemudahan yang tersedia untuk pelancong ke situ.

Difahamkan kawasan itu dibuka semula pada Februari lalu sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026 sebelum kembali sepi apabila tiada operator yang mengendalikan kawasan chalet berkenaan.

Air tasik dilihat jernih, namun di sekitar kawasan laluan dan jeti ia kelihatan sangat cetek sehingga jelas menampakkan dasar tasik.

Seorang pelancong tempatan, Aina Ahmad, 48, dia membuat keputusan memasuki ke Tasik ini ketika dalam perjalanan dari Bera menuju ke Muadzam Shah.

Katanya, berdasarkan pandangannya tasik ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dan boleh dibangunkan sebagai pusat pelancongan terkenal.

“Namun saya kecewa kerana ia seakan terbiar sepi, dan tiada kemudahan sesuai seperti tandas dan juga kafe untuk pelancong bertandang, malah tiada apa-apa aktiviti yang ditawarkan.

“Saya lagi kecewa apabila mendengar berita kawasan hutan tasik seindah ini telah ditebang dan digantikan dengan sawit,” dakwanya.

Dalam pada itu seorang pemancing tempatan yang dikenali sebagai Wan berkata, dia kecewa kerana gagal membawa hasil tangkapan selepas separuh hari berada di tasik ini.

Katanya, dahulu banyak ikan dapat ditangkap di tasik ini termasuk ikan berkualiti seperti tapah, namun kini amat sukar untuk memperoleh tangkapan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, operasi chalet di kawasan itu masih belum dibuka sehingga kini.

Katanya, kejadian pokok tumbang sehingga merosakkan chalet sebelum ini menyebabkan pembukaan kemudahan di tasik itu tertangguh sehingga kini kera­na melibatkan pelbagai perkara termasuk pembaikan.

The post Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved